aku adalah aku.........

aku adalah aku.........

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, January 11, 2012

Who Is It??? [PART 2]



Who Is It??? [part 2]



Perkataan itu mengandungi nombor telefon seorang rakan aku yang telah lama aku mencarinya setelah terputus talian beberapa tahun yang lalu...setelah aku membukanya,aku terfikir sejenak...adakah ini peluang aku untuk lupakan segala-gala perkara yang begitu perit dalam hidup aku??mata aku hanya menatap pada telefon pintarku sambil melayan pelbagai persoalan yang bermain dalam minda aku...”ya Allah,aku perlukan bantuan engkau yang Maha Esa untuk tentukan segalanya...jikalau ini yang dapat membuatkan aku lupa pada kenangan aku dahulu,kau dekatkanlah dirinya denganku tetapi kalau sebaliknya,kau berilah hambamu ini petunjuk...”,luahan hatiku yang masih lagi dalam kebingungan...”tik tok, tik tok, tik tok”...jam berbunyi menandakan waktu sudah masuk jam 11 malam...lantas aku bangun dari tempat duduk aku dan menuju ke bilik solat untuk menunaikan solat isyak yang aku menangguhkan tadi angkara masalah yang tak dapat dielakkan...dalam perjalanan menuju ke bilik solat, aku terlihat rakan-rakan sebilik aku duduk dalam “grouping” dan kelihatan seperti sedang membincangkan sesuatu...dengan tidak disengajakan Am terlihat aku dan aku dengan pantas meringankan pergerakkan aku dengan senyum kepadanya dan terus menuju ke destinasi aku tanpa menoleh belakang...aku yakin pasti ada sesuatu yang bermain di pemikiran Am setelah melihat aku tadi dan aku menjangkakan bahawa mereka mempunyai sesuatu plan yang tidak mahu diketahui aku...arghhhhh!!abaikan saja! Lebih baik aku tunaikan kewajipan aku sebagai seorang mukmin...
     “allahuakbar”, laungan takbirku menandakan permulaan solat...
Dengan penuh khusyuk aku menunaikan solat yang aku lakukan hanya kerana Allah ta’ala...mataku hanya memandang ke arah tikar yang bercorakkan kaabah serta tempat-tempat suci...tikar itu dipanggil sebagai sejadah...tempat bagi umat islam mengalas kepalanya dari tempat yang kotor sewaktu menunaikan ibadah kerana Allah...
(setelah beberapa minit kemudian...)
        “assalamualaikumwarahmatullah(pandang ke arah bahu kanan),
         assalamualaikumwarahmatullah(memandang ke arah bahu kiri),”
menandakan bahawa aku telah pun Berjaya menunaikan ibadah allah dengan khusyuk serta tamattu’...dalam kedudukan bertahyat akhir, aku melafazkan zikir, tahmid dan tasbih kepada Allah...setelah itu, aku menadahkan kedua tangan aku dan memohon doa dari Allah S.W.T...
    “ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya engkau lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...engkau ampunilah segala dosa yang telah hambamu lakukan di atas muka bumi ini ya Allah...sesungguhnya aku seorang hamba yang lemah di sampingmu ya Allah...engkau kurniakanlah kesihatan yang baik kepada ku ya Allah...kurniakanlah kecerdasan minda serta akal yang pintar ya Allah...ya Allah, kau kurniakanlah aku seorang insan yang mulia pada pandanganMu ya allah..sesungguhnya, engkaulah maha mengetahui segalanya...
Amin Ya Rabbal Alamin.....
Setelah selesai segalanya...aku menoleh ke belakang da terlihat......

Bersambung...
^^,