Who is it??
Pada keheningan malam yang begitu sunyi dan nyaman, menyendiri aku di sebuah kawasan yang menarik minat hatiku untuk mendudukinya lalu menikmati keindahan di situ...tatkala menikmati keindahan tersebut, pelbagai persoalan yang bermain di pelusuk pemikiran ku ini...adakah aku seorang lelaki yang dayus terhadap semua wanita? Siapakah aku sebenarnya pada diri wanita? Bagaimanakah persepsi aku dalam diri wanita? Dan yang paling penting, mengapakah wanita di luar sana memandang aku dengan pandangan sebelah mata sahaja? Bertubi-tubi persoalan yang meracuni pemikiran aku ketika itu...pelbagai perasaan yang menyelubungi hidup aku ketika itu...hanya tuhan sahaja yang Maha mengetahui segalanya...setelah orang yang paling aku cintai meninggalkan diriku atas kekhilafan sendiri, aku mulai sedar akan dunia yang nyata...dalam memikirkan keadaan, aku terasa seperti bahuku disentuh oleh seseorang...aku terus menoleh lalu terlihat sahabat baikku, ikram..selama ini beliaulah yang telah banyak membantu aku dalam menyelesaikan masalah yang aku hadapi..
“kau okey ke tidak deqwan?”, lantas dia bertanya kepada diriku...
“aku okey je ikram...macam mana kau tahu aku ada di sini am? Mana Amy? Bukan dia dengan kau ke?”, aku menyahut persoalan am itu...
Am dengan pantas menunding jari ke arah blok asrama putera menunjukkan bahawa fahmy berada di bawah menunggu aku dengan ikram menuju pulang ke bilik...aku tersenyum melihat mereka berdua...benar kata sesetengah ahli-ahli fsikologi mengatakan bahawa sahabat sejati akan sentiasa berada di sisi kita sama ada kita berada dalam keadaan gembira mahupun dalam keadaan sedih...terlintas di pemikiran aku bahawa aku perlu menjaga persahabatan ini...aku tak sanggup tuk kehilangan rakan-rakan sebilik aku...cukuplah sebelum ini...begitu leka aku memikirkannya sampai ikram dan fahmy berkerut seribu melihat aksi aku..
“pe je yang kau fikirkan tu deqwan? Yang sudah tu sudahlah...mungkin tiada jodoh antara kau dan dia...kau kene terima hakikat ni...”, sapa fahmy kepadaku sambil meletakkan tangannya di bahuku...
“betul kata Amy tu...lupakan saje budak perempuan tu...ada yang lebih baik dari dia...segala kesilapan kau jadikan pengajaran dalam hubungan yang baru...bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor...ramai lagi perempuan hendak kan kau...kau petik jari...mesti ade yang datang...percayalah...”, sampuk Am selepas beberapa minit kemudian...
Aku hanya mendiamkan diri mengenangkan apa yang dikatakan oleh mereka berdua...aku tak pasti sama ada aku boleh hadapi atau tidak segalanya pada saat, ketika, dan waktu ini...semua mengetahui betapa kuatnye cinta aku kepada gadis tersebut...dialah gadis yang mengiringi aku menuju ke pusat pembelajaran aku...dia jugalah pembakar semangat aku dikala aku kesedihan...dan dia jugalah tempat aku mengadu nasib...kebuntuan menghantui hidup aku setelah ditinggalkan begitu sahaja...dulu hidup aku dipenuhi dengan corak warna-warni tetapi sekarang dicorak dengan warna-warna yang muram dan kusam...aku menjadi buntu yang amat...dalam khusyuk aku memikirkan perkata tersebut, kedengaran ayat “you had received a text massage, please read it now”...bunyi tersebut datangnya dari arah “Smart Phone” aku...dulu memang aku berasa “excited” untuk melihat isi kandungan mesej yang aku terima kerana ku tahu itu adalah kriman dari orang yang aku cintai...tapi sekarang??siapa je yang ingin menghantar mesej kepadaku...maxis??memberi harapan palsu saje pada dirku..aku merenung ke arah telefon pintarku...apa agaknya isi dalam mesej itu...siapakah yang rajin mengirimnya..dengan kekuatan tenaga yang aku ada, aku mengangkat tanganku untuk mencapai telefon itu lalu melihat isi kandungan mesej itu...ternyata sepupu aku yang menghantarnya...aku menganggapnya sebagai tiada apa-apa..tetapi...aku terlihat sesuatu perkataan yang mungkin boleh mengubah hidup kesedihan aku ini...perkataan itu mengandungi...........
Bersambung.....
^^,

No comments:
Post a Comment