Ya allah,
tabahkanlah aku untuk hadapi segala dugaan yang kau berikan kepadaku ini,
sesungguhnya engkau lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
aku tidak kuat untuk hadapi segala dugaan ini,
setelah engkau merampas segalanya dari aku,
aku redha dengan takdirMu itu ya Allah.
Ya allah,
apa lagi dugaan yang engkau ingin berikan kepadaku selepas ini,
aku pasti akan kehilangan si dia suatu hari nanti,
aku harap kau berikanlah aku kekuatan untuk aku hadapi segala-galanya,
segalanya engkau yang menentukan,
aku sebagai hambaMu ini hanya mampu merancang,
aku hanya mampu berserah kepadaMu.
Ya allah,
berikanlah aku petunjukMu,
untuk aku teruskan perjalanan hidupku ini,
sama ada ke jalan yang lebih baik dalam masa depan,
mahupun mengorbankan segalanya demi adik-adikku,
aku lemah tanpa Kau disisiku ya Allah,
aku perlukan pertolonganMu ya Allah.
Ya allah,
sesungguhnya,
hanya pada engkau saja yang mampu aku minta pertolongan,
dan padaMu jua aku berserah segalanya.
T______T
ajim said:
kenapa kau duga aku dengan sebegini...kenapa ayah pergi awal dari ajim..ajim tak kuat untuk hadapi semua ni ayah...ajim insan yang lemah...
yang mampu goyah dengan semula seperti zaman dulu...ajim perlukan ayah...ajim berjanji bahawa ajim akan jaga adik-adik dengan baik dan pastikan mereka berjaya macam mana ayah inginkan...ajim akan cuba sedaya upaya ajim...ajim akan korbankan segalanya..insyaAllah..akhir kalam, ajim terlampau RINDU pada ayah...semoga ayah ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman...aminn...
-AL-FATIHAH-