aku adalah aku.........

aku adalah aku.........

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 25, 2011

Who Is It???

Who is it??
Pada keheningan malam yang begitu sunyi dan nyaman, menyendiri aku di sebuah kawasan yang menarik minat hatiku untuk mendudukinya lalu menikmati keindahan di situ...tatkala menikmati keindahan tersebut, pelbagai persoalan yang bermain di pelusuk pemikiran ku ini...adakah aku seorang lelaki yang dayus terhadap semua wanita? Siapakah aku sebenarnya pada diri wanita? Bagaimanakah persepsi aku dalam diri wanita? Dan yang paling penting, mengapakah wanita di luar sana memandang aku dengan pandangan sebelah mata sahaja? Bertubi-tubi persoalan yang meracuni pemikiran aku ketika itu...pelbagai perasaan yang menyelubungi hidup aku ketika itu...hanya tuhan sahaja yang Maha mengetahui segalanya...setelah orang yang paling aku cintai meninggalkan diriku atas kekhilafan sendiri, aku mulai sedar akan dunia yang nyata...dalam memikirkan keadaan, aku terasa seperti bahuku disentuh oleh seseorang...aku terus menoleh lalu terlihat sahabat baikku, ikram..selama ini beliaulah yang telah banyak membantu aku dalam menyelesaikan masalah yang aku hadapi..

“kau okey ke tidak deqwan?”, lantas dia bertanya kepada diriku...
“aku okey je ikram...macam mana kau tahu aku ada di sini am? Mana Amy? Bukan dia dengan kau ke?”, aku menyahut persoalan am itu...

Am dengan pantas menunding jari ke arah blok asrama putera menunjukkan bahawa fahmy berada di bawah menunggu aku dengan ikram menuju pulang ke bilik...aku tersenyum melihat mereka berdua...benar kata sesetengah ahli-ahli fsikologi mengatakan bahawa sahabat sejati akan sentiasa berada di sisi kita sama ada kita berada dalam keadaan gembira mahupun dalam keadaan sedih...terlintas di pemikiran aku bahawa aku perlu menjaga persahabatan ini...aku tak sanggup tuk kehilangan rakan-rakan sebilik aku...cukuplah sebelum ini...begitu leka aku memikirkannya sampai ikram dan fahmy berkerut seribu melihat aksi aku..

“pe je yang kau fikirkan tu deqwan? Yang sudah tu sudahlah...mungkin tiada jodoh antara kau dan dia...kau kene terima hakikat ni...”, sapa fahmy kepadaku sambil meletakkan tangannya di bahuku...
“betul kata Amy tu...lupakan saje budak perempuan tu...ada yang lebih baik dari dia...segala kesilapan kau jadikan pengajaran dalam hubungan yang baru...bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor...ramai lagi perempuan hendak kan kau...kau petik jari...mesti ade yang datang...percayalah...”, sampuk Am selepas beberapa minit kemudian...

Aku hanya mendiamkan diri mengenangkan apa yang dikatakan oleh mereka berdua...aku tak pasti sama ada aku boleh hadapi atau tidak segalanya pada saat, ketika, dan waktu ini...semua mengetahui betapa kuatnye cinta aku kepada gadis tersebut...dialah gadis yang mengiringi aku menuju ke pusat pembelajaran aku...dia jugalah pembakar semangat aku dikala aku kesedihan...dan dia jugalah tempat aku mengadu nasib...kebuntuan menghantui hidup aku setelah ditinggalkan begitu sahaja...dulu hidup aku dipenuhi dengan corak warna-warni tetapi sekarang dicorak dengan warna-warna yang muram dan kusam...aku menjadi buntu yang amat...dalam khusyuk aku memikirkan perkata tersebut, kedengaran ayat “you had received a text massage, please read it now”...bunyi tersebut datangnya dari arah “Smart Phone” aku...dulu memang aku berasa “excited” untuk melihat isi kandungan mesej yang aku terima kerana ku tahu itu adalah kriman dari orang yang aku cintai...tapi sekarang??siapa je yang ingin menghantar mesej kepadaku...maxis??memberi harapan palsu saje pada dirku..aku merenung ke arah telefon pintarku...apa agaknya isi dalam mesej itu...siapakah yang rajin mengirimnya..dengan kekuatan tenaga yang aku ada, aku mengangkat tanganku untuk mencapai telefon itu lalu melihat isi kandungan mesej itu...ternyata sepupu aku yang menghantarnya...aku menganggapnya sebagai tiada apa-apa..tetapi...aku terlihat sesuatu perkataan yang mungkin boleh mengubah hidup kesedihan aku ini...perkataan itu mengandungi...........
                                                      Bersambung.....
                                                            ^^,

Tuesday, October 18, 2011

~TERNYATA KAMU~

memang ku akui aku yang bersalah
tiada kata yang mesti terucap
jangan lah takut pada kenyataan
yang kau pikirkan adalah salah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
reff:
ternyata hanya kamu kasih
yang bisa membuatku hidup
yang bisa mengerti diriku saat ini

so you are my best thing in my life
everytime i miss you oh baby
please don’t go away from me baby
tonight i’m here without you

memang ku akui aku yang bersalah
tiada kata yang mesti terucap
janganlah takut pada kenyataan
yang kau pikirkan adalah salah

repeat reff [3x]


Source: 
http://liriklaguindonesia.net/e/eren/eren-feat-romi-ternyata-kamu/#ixzz1b7vkU4CV

Monday, June 20, 2011

episod 2

NATASHA

'kau umpama bidadari yang hadir menyerlah dalam hidupku....aku tidak menyangka engkau akan muncul sewaktu ini....aku bersyukur dengan kehadiran dirimu........'
                Setelah pasrah segalanya,aku termenung sendiri sambil terfikir..adakah dia sudah empunya orang ataupun belum lagi..pada mulanya,aku tidak berharap,tetapi semakin lama aku berfikir tentangnya,hati aku semakin kuat berharap bahawa dia belum disunting dengan mana-mana kumbang lagi...ku berharap...pada petang itu,seperti orang lain,aku pulang ke rumahku dan terus menuju ke kamarku tanpa melencong kemana-mana lagi...ahli keluargaku mahupun pekerja yang aku anggap sebagai mak aku yang kedua dalam rumah tersebut juga kelihatan pelik pada memek muka mereka melihat kerenah aku...aku hanya mengabaikannya sahaja..masuk sahaja ke dalam kamar aku,aku mencampak terus beg galas aku di atas sofa,dan terus tertiarap di atas katil..pelbagai persoalan teriang-iang di fikiranku...adakah aku dah mula membuka hatiku untuk wanita lain??oh,tidak...tak mungkin perkara itu berlaku..semua perempuan sama sahaja perangai mereka!abaikan sahajalah...aku mencapai 'towel' aku yang tersidai di luar dan terus menuju ke shower room untuk bersihkan diri....setelah selesai segalanya,aku mencapai kertas kerja yang perlu aku siapkan dengan segera untuk disidangkan pada mesyuarat Lembaga Pengarah Warisan Holding...oh my god!penatnye tak tergambar sudah dalam diri ni...dalam masa menghabiskan kertas kerja itu, aku tersandar di kepala katil...secara tiba-tiba, wajah wanita itu bermain dalam pemikirn aku...melayang di hadapan aku...
“arghhhhh!!!adakah aku sudah jatuh hati kepadanya???kau jangan merepek lah wan! kau bukannya laki yang baik sangat, nak couple2 ni....awek yang dulu pun tak terjaga, sampai dicaci balik setelah kau bagi dia sepenuh kasih sayang....lupakan sajelah hasrat kau tu...”, bisik di dalam hatiku....
Aku menggelengkan kepala aku dan terus meneruskan tugasku yang sudah separuh disiapkan....dalam masa yang sama,hatiku meronta-ronta ingin menuju ke lappy, jariku lembut untuk menaip tapi jasadku berat untuk menuju ke arah meja belajarku...beberapa kali aku mengeluh sendiri menandakan betapa penatnya aku pada hari tersebut....aku mengambil kertas kerja aku dan terus letakkannya di meja tepi....aku rebahkan badan aku di atas tilam yang empuk dan tempat aku selalu landing time..dalam berkhayal untuk menuju ke alam mimpi, masih lagi terbayang wajah si dia...kali ini timbul pula persoalan...siapakah namanye kan...duk kat mane eak....haisssyyyyyhhh! udah-udah lah tu....aku terus lelapkan mataku dan dibuai mimpi yang indah....pada keesokannya, aku tidak pasti mengapa dengan aku yang berasa begitu bahagia...tak pernah aku merasakan seperti ini sebelum ini...aku tertanya-tanya...adakah aku akan mendapat kebahagiaan dalam diri ni???aku terus bangkit dan menuju ke shower room,setelah selesai segalanya,aku menuju ke lappy kesayangan aku...aku melayar ke laman web facebook atau dikenali dalam bahasa melayunye,muka buku....aku log in dengan memasukkan e-mail ku...aku mendapati notification aku dah 43...wow!banyaknye....pe je terkandung??biasalah, awek2 comment kat FB aku...sedang aku melihat pada notif aku, aku terlihat sesuatu perkara yang menggembirakan aku...perkara itu........


Wednesday, June 15, 2011

episod 1

Natasha
'kau umpama bidadari yang hadir menyerlah dalam hidupku....aku tidak menyangka engkau akan muncul sewaktu ini....aku bersyukur dengan kehadiran dirimu........'
                tatkala di hening subuh yang nyaman...burung berkicauan menandakan hari tersebut merupakan hari yang indah dalam diriku....seperti orang lain...aku bangkit dari katilku dan terus mencapai tuala yang bersidai di ampaian luar koridor bilikku....aku memandang sekitar aku...kelihatan segalanya senyuman sehingga ke telinga...menandakan hari ini hari yang paling bahagia bagi mereka....adakah aku pun sama??ternyata persoalan sebegitu bermain di pemikiranku....aku sendiri tidak pasti akan jawapannya...aku meneruskan rutin seharian yang seringkali wajib bagiku melakukannya...setelah siap segalanya...aku berdiri di hadapan cermin dan menyarung tali leher di kolar leherku...aku teringat..kalau dulu aku sering sibuk menatap telefon pintarku untuk membalas segala pesanan ringkas kekasih hatiku....tapi sekarang,segalanya sepi...seakan-akan aku tidak penting lagi...kadang-kadang sedih juga apabila terkenangnya semula...walaubagaimanapun,aku tetap kena teruskan kehidupan aku ini walaupun tanpa si dia di sisiku...setiap hari aku berharap ada perempuan yang lebih sempurna dari dia hadir dalam hidupku...aku terus mencapai beg galas aku untuk menunaikan tanggungjawab aku di pejabat...sejurus sahaja aku turun di bawah,mak jah memanggil diriku untuk menikmati sarapan yang telah dia sediakan...aku terus menuju ke meja untuk mengambil bahagian aku dan bersegera ke kereta kerana pak mat sudah lama menunggu aku di luar...aku pasti,papa dan mama pasti memarahi aku kerana kali ini sudah seminggu berturut-turut aku lewat ke tempat kerja...sewaktu di dalam perjalanan,aku sering muhasabah diriku ini...dulu ketika waktu aku mempunyai kekasih,segalanya terurus walaupun pada saat-saat akhir,dia melakukan perkara yang aku tidak menjangkakan...aku pasrah dengan segalanya...setiba sahaja aku di warisan holding...aku terus menuju ke lif dan menekan butang yang tertera di situ..semua memandang hormat terhadapku...aku hanya mampu tersenyum melihat mereka semua...hatiku berdegup kencang apabila tiba di aras pejabatku..ternyata apa yang aku jangkakan menjadi..setiausaha aku menuju ke arah aku sambil berkata..."En.Wan, Tuan Syukri nak berjumpa dengan encik kat bilik dia sekarang..."dengan sekali menelan air liur di tekak,aku menuju ke bilik papa...seingat aku,dia ingin memarahi aku kerana lewat ke tempat kerja...jangkaan aku kali ini tidak sesekali menepati sasaran...papaku memanggilku kerana ingin mengucapkan sekalung tahniah kerana telah berjaya mendapatkan satu projek yang menguntungkan syarikat di sarawak...aku tersenyum mendengarnya lalu mengeluarkan kata alhamdulillah dari mulutku...tidak tergambar kegembiraan aku ketika itu...aku menuju ke bilikku..terus membuka lappy kesayangan aku yang dihadiahkan oleh along aku sempena ulangtahun kelahiran aku...orang lain di dalam bilik menyiapkan kertas kerja atau sebagainye,aku....hanya tahu online je...sampai papa dan mama aku aku menyatakan asyik facebook je angah ni....nak kata ada awek tapi takde...aku tidak membalas segala pernyataan mama dan papa ku itu...sewaktu aku tdak dimiliki oleh sesiapa...ramai yang mengacau aku di FB...aku hanya melayan saja...terpikat??tidak sekali pun ketika itu...tidak terlintas pun di pemikiran aku untuk mencari awek baru dekat FB...pada aku...kalau ada jodoh tak kemana walaupun rakan-rakan mahupun sepupuku menyuruh aku mencari peganti si dia....aku akui bahawa aku berasa sunyi ketika itu..tapi itu semua ketentuan ilahi....aku hanya mampu berserah kepada ilahi...dalam kelekaan aku melayan facebook,suddenly aku ternampak gambar seorang wanita yang mula menarik minat aku untuk add dia ke dalam friendlist aku...setelah jari ku lembut menekan “add as friend”,aku pasrah sama ada dia approve atau tidak...aku tetap menanti.....
assalamualaikum semua...lame jugak deq-wan tak update ni..huhu...busy lah...ni lagila nak pegi UK...memang tak dew mase dah nak online2 ni agy...deq-wan try curi mase cikit tuk update blog deq-wan ni...rase berat sangat deq-wan nak tinggalkan UM ni...yela...banyak kenangan manis mahupun pahit pade deq-wan...haaa....citer kat atas 2 mengenai cerpen someone taw...haha...alaa..saje2 je....selamat membaca and nantikan episod kedua ok...=)